Dah seminggu lebih stranded kat umah mama saya. Dah rest cukup-cukup tapi masih blood stain ada lagi. Tak la pula buat kerja yang berat sangat pun. Saya tak boleh drive apatah lagi travel. saya tak boleh berdiri lama. Saya akan terasa sakit. Saya mual-mual. Tak ada istilah morning sickness je bagi saya tapi all the time-sickness. Aduh tolong la. Apa lagi daya yang perlu saya buat. Kali ni dah tak peduli. Straight away sms suami bitau dia saya nak jumpa doc pakar wanita, di Klinik Pakar Wanita Liu dan Vincent di Ayer Keroh. Saya dah tak boleh tunggu next consultation early Jun nanti. Apa lagi kalau asyik staining je. Tertekan saya dibuatnya. Macam-macam difikirkan.
Bila sampai di klinik, sementara suami mencari parking yang sangat la susah nak carik kat area Kings Hotel tu, saya ditemani Nina untuk pendaftaran. Aduhai, kecewa pula dengan statement pembantu klinik tu.
"Puan, giliran puan nombor 45. Ada 19 orang lagi giliran sebelum puan."
"Agak-agak berapa lama saya kena tunggu? At least saya boleh pergi mana-mana dulu," aku bertanya sambil tersenyum.
"Dalam 2 jam. Nanti pukul 5 lebih puan datang balik pun ok juga. Tak penat sangat menunggu."
"Wow, lamanya. Ok, no prob. Nanti saya datang balik."
Nina pun terkebil-kebil memandang saya.
"Mama, kita nak pergi mana?"
"Mama pun tak tahu. Tanya ayah. Tapi rasanya baik kita balik rumah dulu and fetch Ojan."
Consultation saya nanti dengan Dr Vincent. Nak menunggu 2 jam tu agak menekan jiwa saya. Kalau boleh lagi cepat lagi baik. Tak sabar nak tau apa masalah sebenarnya.
Bila Nina suggest mcm-mcm makanan, saya hanya menggeleng. Langsung tak boleh masuk tekak. Di tangan saya ke hulu ke hilir bawa minyak angin. Tambahan lak bila naik kereta, lagi la cepat mual. Padahal jalan tak la bengkang-bengkok sangat pun.
Almost 2 hours then, suddenly dapat call daripada pembantu Dr Vincent beritahu tentang appoinment saya. Saya pun dah nak sampai klinik masa tu. Nina dan Ojan stay kat rumah siapkan homework. Sementara menunggu giliran consultation bersama suami, sempat pula suami check berat badannya.
"Naik ke turun?" tanya ku.
"Macam naik je.." katanya. haha.. Ketawa saya..
Bila nama saya dipanggil, first time saya tengok muka Dr Vincent. Saya ingatkan melayu. Fasih. Saya menyatakan masalah staining saya tu. Dr Vincent kata dia akan bagi ubat kuatkan rahim. Teringat pula Linda pernah beritahu nama ubat tu. Duphaston. Yup, exactly itu ubat yg sama. Stock untuk 5 hari je. Dr Vincent ada ingatkans saya untuk teruskan makan Folic Acid. Bila buat ultrasound, nampak kantung dan small foetus dalam kantung tu. So far after scan Dr Vincent kata ok. Kantung nampak cantik. Tak leper. Tanda hitam-hitam bintik-bintik dalam kantung tu adalah air ketumban yg beri makan pada foetus. Itu pun after dia zoom-out. Kalau tak saya pun tak nampak sangat. Ikut calculation, saya dah 6 minggu lebih dan due lebih kurang 11 Jan 2012.
Kata suami, "Dah, tak yah risau-risau. Takyah fikir yang bukan-bukan. Jaga baik-baik."
Baru la lega hati saya. Nekad saya, saya tak akan give up lagi. Ini zuriat saya dan saya akan laksanakan apa yang patut untuknya agar dia sihat hingga dia keluar memandang dunia. Saya tak sabar menunggu saat indah itu.
~~ masliza ~~
Thursday, May 19, 2011
Tuesday, May 17, 2011
Tersentuh hati saya
Hari ini keluarga kami breakfast di rumah mama saya.
Hari ini semua orang cuti sempena Wesak Day.
Hari ini semua orang cuti sempena Wesak Day.
Ojan dan Nina dijamu macam-macam oleh neneknya.
Saya memaksa diri menelan apa sahaja yang dihidangkan padahal tekak sangat la mual
Tiba-tiba Ojan memulakan bicara yang menyentuh hati saya.
"Ojan tak sabar nak tunggu baby keluar. Nak cepat-cepat cium dia.."
Jauh di sudut hati, saya juga tidak sabar menunggu awal Januari tahun 2012.
Ahli baru ini akan berkongsi hari lahir dengan ayahnya..
Moga kehamilan ini dipermudahkan dan dilindungi Allah..
Catatan,
Masliza
Monday, May 16, 2011
Selamat Hari Guru
Hari ini sambutan hari guru
Cikgu Faudzi, dinda dan anak-anak mengucapkan
Selamat Hari Guru..
We LOVE You So Much..!
Saturday, May 14, 2011
Saya Hamil..
Alhamdulillah, Allah beri rezeki yang sangat bernilai pada keluarga kami. Seorang lagi ahli keluarga kami akan bertambah, Insya Allah..dengan izin-Mu ya Allah. Usia kandungan saya baru sahaja 5 minggu. Masih jauh lagi perjalanan saya untuk menjaga dan mendidik zuriat ini daripada awal kehamilan. Baru-baru ini pula saya mengalami sedikit masalah dengan kehamilan ini. Pendarahan yang sedikit tapi kerap. Agak mencemaskan juga. Moga adalah rezeki hendaknya. Setiap hari doa saya dan Faudzi tidak putus-putus. Mungkin saya dikhuatiri menghidapi "threatend abortion". Ubatnya hanyalah rehat sepenuhnya. Dan berjumpa dengan doktor. Saya pernah buat scan ultrasound dan pertama kali melihatnya melalui skrin, bersyukurnya saya tidak terkira. Tersenyum memandang. Itukah dia zuriat kami? Itukah dia amanah yang akan kami pikul? Memandangnya membuatkan saya lupa akan dugaan yang saya hadapi ini malah semakin bersemangat untuk saya menjaganya dengan baik.
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu. penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempura, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam."
Terima kasih suami kerana sentiasa mengingatkan saya tentang kebesaran Allah dan mendidik saya untuk sentiasa bersabar. Saya percaya setiap dugaan dalam kehamilan ini adalah kafarah dosa saya. Mungkin dosa pada diri sendiri. Mungkin dosa pada suami. Mungkin dosa pada mama dan ayah saya. Atau mungkin dosa yang saya tak perasan pernah melakukannya.
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu. penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempura, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam."
Terima kasih suami kerana sentiasa mengingatkan saya tentang kebesaran Allah dan mendidik saya untuk sentiasa bersabar. Saya percaya setiap dugaan dalam kehamilan ini adalah kafarah dosa saya. Mungkin dosa pada diri sendiri. Mungkin dosa pada suami. Mungkin dosa pada mama dan ayah saya. Atau mungkin dosa yang saya tak perasan pernah melakukannya.
Masliza
Sunday, May 8, 2011
Selamat Hari Ibu
Hari ini Sambutan Hari Ibu.
Saya turut menerima ucapan ini daripada suami dan anak-anak.
"Selamat Hari Mama.."
"Selamat Hari Ibu, Isteriku.."
Saya hanya tersenyum memandang mereka.
Terasa begitu dihargai.
Moga kasih sayang antara kami diberkati
Buat mama saya, Mazura Abd Rahman dan Ibu Mertua saya Aminah Busu,
Saturday, May 7, 2011
Selamat Pengantin Baru buat Nur dan Khoirul
Keluarga kami dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya, Nur di Perkampungan Pengantin di Kuala Lumpur. Khoirul merupakan anak kepada Datuk Khatijah Ibrahim. Seronok la Ojan dan Nina dapat bergambar bersama dengan Datuk. Ojan dan Nina juga sempat bergambar dengan Latiff Ibrahim dan Datuk Ahmad Nawab. Kami sampai Melaka jam 1 pagi. Mengantuknya. Anak-anak tidur je sepanjang perjalanan pulang. Saya pula berbual-bual dengan Faudzi, takut 'pilot' mengantuk pula. Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah.
Catatan,
Masliza
Catatan,
Masliza
Subscribe to:
Posts (Atom)