Bagi anak-anak didik yang nak buat folio sejarah ke, sivik ke boleh je copy gambar tak seberapa profesional ni..
Saya memberi beberapa cadangan kepada Faudzi dan anak-anak untuk destinasi percutian tahun ini
Antaranya trip ke Kuching, Sarawak.
Semua terima dengan sebulat suara.
Dengan perancangan yang rapi, akhirnya sampai la kami ke sini.
Kami bermalam di Jin Hold Service Apartment yang terletak di bandar Kuching.
Partition yang memisahkan master bedroom dan 2 single bed |
Master Bedroom |
Ruang dapur di tingkat bawah. Ada sebuah lagi tandas dan kitchen cabinet. Jom jalan-jalan... Kampung Budaya Sarawak |
Kampung Budaya, Sarawak.. view yang sangat cantik menampakkan Gunung Santubong yang indah |
Pemapit Tebuh |
Rumah Iban |
Makanan yang digoreng untuk dijual. Peniaga memasak di dapur rumah-rumah yang dipamerkan. |
Memang penat.. Tapi seronok. Nampak original.. Rumah disini semua tinggi-tinggi.. Dibina sebegini bertujuan untuk keselamatan.. |
Setiap rumah ada ruang untuk cop passport rumah-rumah di Kg Budaya.. Baru tahu rumah mana yang dah pergi.. |
Mai ai.. rumah tinggi lagi.. Fuhh.. berpeluh... |
Kedai jual produk sagu |
Pokok Sagu yang banyak kegunaannya |
Rumah Melanau.. Tingginya.. Sebenarnya dalam kg budaya ni tak berapa tinggi.. rumah melanau yang sebenar dibina lebih tinggi |
Gunung Santubong nampak lebih jelas dari sini |
Tangga di mana-mana.. |
Hazim dah kehausan dan keletihan.. Tapi rasanya saya dan Faudzi lagi letih sebab kena dukung dia |
Disini pengunjung juga boleh menonton pertunjukan kebudayaan Sarawak..
Pertunjukan yang memang menarik dan mmg profesional..
Damai Beach Resort
Lokasi tidak berapa jauh dari Kampung Budaya. Kami hadir ke sini untuk melawat Pantai Teluk Bandung yang sangat cantik. Sebenarnya melepaskan keletihan di Kg Budaya tadi. Kedai Kek Lapis |
Banyak pilihan di kedai Kek Lapis ini. Lokasinya di Kg Boyan.. seberang Sg Sarawak.. Harga agak reasonable dan rasanya memang sedap Kuching Waterfront |
Bangunan Astana.. dari seberang Sg Sarawak |
Ada juga perkhidmatan cruise di sini |
Charles Brooke Memorial
Berdekatan dengan Old Courthouse dan Charles Brooke Monument |
Square Tower
Pernah dijadikan pusat tahanan semasa pemerintahan Brooke dan fortress untuk mengawasi pergerakan musuh, kemudiannya dijadikan dance hall Dewan Undangan Sarawak |
No comments:
Post a Comment