Sudah tiba masanya saya dan Faudzi merancang apa yang terbaik untuk keluarga kami memandangkan perkara 'ghaib' ini hanya Allah sahaja yang tahu tapi perancangan perlu ada juga daripada kita sebagai hamba-Nya yang lemah ini.
Perancangan untuk si sulung, dearest Nina, untuk apply SBP, MRSM atau Sekolah Teknik untuk tahun hadapan. Segala borang telah di'download' dari Internet. Mana yang perlu isi borang online telah pun dilaksanakan. Sekarang menunggu result PMR sahaja. Apa pun tahniah buat Nina kerana berjaya dan dengan pencapaian cemerlang mendapat kedudukan yang pertama dalam kelas untuk Peperiksaan Percubaan PMR tempoh hari.
Perancangan untuk Ojan, persediaan untuk UPSR tahun hadapan. Apply MRSM dalam perancangan juga. Tengok la yg mana terbaik untuk Ojan.
Perancangan untuk Baby pula agak panjang ceritanya memandangkan saya hampir mencecah 7 bulan kandungan. Bila-bila masa sahaja dia boleh keluar kalau dia dah tak sabar nak melihat dunia. Barangan baby yang simple untuk di bawa ke hospital telah mula dibeli sedikit-sedikit. Faudzi berkesempatan merancang barang keperluan yang perlu ada. Antaranya:
Untuk Baby:
Baju (seluar pendek dan panjang)
Mitten and bootie
Diapers
Napkin
Kain Bedung
Selimut (yang siap tutup kepala)
Tuala mandi
Tuala Kecil
Bakul pakaian/storage box
Sapu tangan
Tikar Getah
Beg
Barut
Set Mandian dan bakul alatan mandian
Basin Mandian
Putik Kapas
Drapolin
Baby Oil
Bakul alatan mandian
Set comforter
Bantal, bolster dan sarung bantal
Minyak panas
Tisu lembap
Pemotong kuku
Sikat (itu pun kalau ada rambut...hehe)
Kelambu
Baby Coat
Untuk mama:
Baju butang depan
Kain Batik
Tuala Mandi
Disposable panties
Toiletries
Baju sejuk
Bedak
Maternity Pad
Breast Pad
Maternity Bra
Breast Pump
Stokin
Sapu Tangan
Selipar
Bengkung
Sikat
Bedak
Lotion
Susu/Milo/Roti/Kurma/Air Zamzam/Madu
Set Lengkap Selepas Bersalin
Tilam
Bantal & Bolster
Sarung Tilam/Bantal
Chinese Paper
No comments:
Post a Comment