Saturday, November 21, 2015

Rajinnya budak baik ni


Assalamualaikum..
Anak lelaki bernama Hazim ini sangat suka mencuba buat sesuatu
Dia tak suka orang lain buat untuk dia melainkan dia sendiri yang minta







Akhirnya waktu malam dia akan tidur dengan lenanya..
Terima kasih Nak..

Friday, November 20, 2015

Rawatan Homeopathy


Assalam,
Tahun 2012 Hazim batuk dan selsema sangat lama dan tidak baik.
Faudzi kerap kali membawa Hazim ke beberapa klinik dan makan pelbagai jenis ubat.
Tidak juga baik sepenuhnya.
Tidur kami sering terganggu apabila Hazim menangis kerana tidak sihat dan selesa.
Saya diperkenalkan dengan rawatan homeopathy oleh rakan sekerja Ustazah Che Nor Azliza.
Terima kasih banyak-banyak.
Rawatan ini sesuai dengan Hazim.
Kami sekeluarga juga mengamalkan perubatan ini.
Yang paling saya suka ialah ubat ini tiada kesan sampingan.. Yeay..!




Pada pendapat saya ubat ini sesuai bagi anak kecil kerana kita sebagai ibu bapa tidak perlu 'berperang' dengan anak untuk memaksa mereka makan ubat.
Saya tidak selesa melihat anak kecil mengambil ubat batuk dan selsema perubatan allopathy dan kemudian tertidur kerana ubat yang diambil. 
Saya jadi kasihan.
Antibiotik pula jadi susulan.


Saya tidak menafikan ada masa saya terpaksa menerima rawatan perubatan allopathy atas sesetengah keadaan yang tidak dapat dielakkan.
Tetapi saya cadangkan kepada semua rakan-rakan agar bertukar kepada rawatan homeopathy ini.
Hampir setiap penyakit dapat dirawat dengan homeopathy kerana ia bertindak sebagai penyembuhan dengan izin Allah.
Setiap penyakit pasti ada ubatnya.
Yang penting kita harus berusaha mencari penawar itu.


Saturday, October 31, 2015

My Little Fireman


Lawatan sambil belajar..
Budak baik ni rajin bercerita pasal pengalaman dia berkunjung ke Balai Bomba dan Penyelamat Banda Hilir Melaka bersama guru dan rakan-rakannya..
Saya dan Faudzi suka anak-anak menimba ilmu melalui pengalaman begini.
Pembelajaran begini banyak memberi kesan dalam diri mereka terutamanya dari segi sosial antara anak-anak dengan guru dan rakan-rakan mereka.
Disiplin, bekerjasama dan menepati masa antara elemen pembelajaran dan nilai murni yang diterap dalam diri mereka semasa menghadiri lawatan sebegini.








Tuesday, October 20, 2015

Perkembangan Anak-anak


Assalamualaikum..
Saya dan Faudzi hampir tidak perasan yang anak-anak membesar dan menjadi dewasa dengan begitu pantas.
Nurin, si kakak telah tamat persekolahan, matrikulasi dan kini mula melanjutkan pelajaran di Multimedia University Melaka.
Hamizan, si abang, telah selesai peperiksaan PT3 di MRSM Alor Gajah dan menunggu keputusan pertengahan Disember ini. Sekarang sedang bersedia untuk peperiksaan IGCSE.
Hazim pula telah berjaya perform dalam konsert anjuran Tadika Sinar Ilmuan. 
Bukan senang nak hilangkan rasa takutnya
Lega juga kami bila dia dapat 'overcome his fear'
Tahniah Anak-anak semua...

Annual Concert and Graduation Day
 Graduation day ini diadakan di Ballroom MITC.
Memang enjoy tengok Hazim dan kawan-kawannya perform.
Hazim belum grad tapi meraikan rakannya.



Lega dah habis.. yeay..


Salah seorang kawan baiknya Erdina

Thank you to all the teachers

Tuesday, March 31, 2015

Cuti-cuti Utara


Assalam dan Salam Sejahtera..
Kami sekeluarga bercuti di utara dan melawat mama saya yang sedang bekerja di Penang
Ini peluang kami mengeratkan silaturrahim sebelum mama saya pencen.

Muzium Padi, Kedah




Saya sangat suka gambar ini.
Ini antara pameran lukisan yang dipamerkan di muzium.
Memang ilmu itu mengubah hidup seseorang.



 Berehat makan rojak




Gua Kelam





Menara Alor Setar













Rumah Kelahiran Mahathir



Acu bersama anak-anak buahnya

Padang besar juga menjadi tempat tumpuan kami.
Saya memang mencari-cari pressure cooker yang gas punya.
bukannya tak ada dijual di Melaka tapi dah alang-alang sampai.
Dapat juga sebuah yang 13 liter punya
Faudzi memang terer bab tawar menawar ni.
Dah puas pilih baru saya panggil pakar tawar menawar ini datang.


Masjid Ubudiah Perak




Kami mengambil kesempatan untuk menunaikan solat Zohor di sini sebelum pulang.
Saya mengharap sangat dapat melawat Kelly's Castle sebab tak pernah sampai ke sana.
Harapan tidak tercapai kerana mengejar masa.
Alhamdulillah perjalanan ini dimudahkan Allah.

Sunday, February 15, 2015

Family Day "Made in Pegoh" yang Sangat Sempoi


Yeay..Family day..
Alhamdulillah dapat berkumpul kami sekeluarga mengeratkan silaturrahim.
Trade mark kami "Made in Pegoh" sebab arwah atuk asal situ.
Hari ini semua enjoy di Port Dickson..
Saya sayang semua kerabat saya..
Tahun depan kita buat lagi..!




Hazim pandai bawa diri.

Adik dan mama saya


yeay dapat hadiah. Thank you Untie Norliah

Sepupu saya.. ikut batch ye..

Oops. muka ngantuk saya dan sepupu saya Adeep

Kami dan Mak Lang merehatkan diri setelah penat bergelak dan melakukan aktiviti


Bila dah berkumpul beramai-ramai memang seronok.
 Kepenatan setelah seharian main pelbagai game dan aktiviti.
Rasanya penat bergelak je lebih.