Saturday, November 21, 2015

Rajinnya budak baik ni


Assalamualaikum..
Anak lelaki bernama Hazim ini sangat suka mencuba buat sesuatu
Dia tak suka orang lain buat untuk dia melainkan dia sendiri yang minta







Akhirnya waktu malam dia akan tidur dengan lenanya..
Terima kasih Nak..

Friday, November 20, 2015

Rawatan Homeopathy


Assalam,
Tahun 2012 Hazim batuk dan selsema sangat lama dan tidak baik.
Faudzi kerap kali membawa Hazim ke beberapa klinik dan makan pelbagai jenis ubat.
Tidak juga baik sepenuhnya.
Tidur kami sering terganggu apabila Hazim menangis kerana tidak sihat dan selesa.
Saya diperkenalkan dengan rawatan homeopathy oleh rakan sekerja Ustazah Che Nor Azliza.
Terima kasih banyak-banyak.
Rawatan ini sesuai dengan Hazim.
Kami sekeluarga juga mengamalkan perubatan ini.
Yang paling saya suka ialah ubat ini tiada kesan sampingan.. Yeay..!




Pada pendapat saya ubat ini sesuai bagi anak kecil kerana kita sebagai ibu bapa tidak perlu 'berperang' dengan anak untuk memaksa mereka makan ubat.
Saya tidak selesa melihat anak kecil mengambil ubat batuk dan selsema perubatan allopathy dan kemudian tertidur kerana ubat yang diambil. 
Saya jadi kasihan.
Antibiotik pula jadi susulan.


Saya tidak menafikan ada masa saya terpaksa menerima rawatan perubatan allopathy atas sesetengah keadaan yang tidak dapat dielakkan.
Tetapi saya cadangkan kepada semua rakan-rakan agar bertukar kepada rawatan homeopathy ini.
Hampir setiap penyakit dapat dirawat dengan homeopathy kerana ia bertindak sebagai penyembuhan dengan izin Allah.
Setiap penyakit pasti ada ubatnya.
Yang penting kita harus berusaha mencari penawar itu.