Saturday, October 31, 2015

My Little Fireman


Lawatan sambil belajar..
Budak baik ni rajin bercerita pasal pengalaman dia berkunjung ke Balai Bomba dan Penyelamat Banda Hilir Melaka bersama guru dan rakan-rakannya..
Saya dan Faudzi suka anak-anak menimba ilmu melalui pengalaman begini.
Pembelajaran begini banyak memberi kesan dalam diri mereka terutamanya dari segi sosial antara anak-anak dengan guru dan rakan-rakan mereka.
Disiplin, bekerjasama dan menepati masa antara elemen pembelajaran dan nilai murni yang diterap dalam diri mereka semasa menghadiri lawatan sebegini.








Tuesday, October 20, 2015

Perkembangan Anak-anak


Assalamualaikum..
Saya dan Faudzi hampir tidak perasan yang anak-anak membesar dan menjadi dewasa dengan begitu pantas.
Nurin, si kakak telah tamat persekolahan, matrikulasi dan kini mula melanjutkan pelajaran di Multimedia University Melaka.
Hamizan, si abang, telah selesai peperiksaan PT3 di MRSM Alor Gajah dan menunggu keputusan pertengahan Disember ini. Sekarang sedang bersedia untuk peperiksaan IGCSE.
Hazim pula telah berjaya perform dalam konsert anjuran Tadika Sinar Ilmuan. 
Bukan senang nak hilangkan rasa takutnya
Lega juga kami bila dia dapat 'overcome his fear'
Tahniah Anak-anak semua...

Annual Concert and Graduation Day
 Graduation day ini diadakan di Ballroom MITC.
Memang enjoy tengok Hazim dan kawan-kawannya perform.
Hazim belum grad tapi meraikan rakannya.



Lega dah habis.. yeay..


Salah seorang kawan baiknya Erdina

Thank you to all the teachers